marquee

SELAMAT DATANG KE.... SK BUKIT KEPONG,MUAR....

nuffnang ads

Khamis, 12 November 2015

Perkhemahan Sekolah

Khamis 5/11/15 - Perkhemahan sekolah diadakan untuk melatih murid-murid tentang disiplin dan cara hidup berdikari. Memupuk juga sikap saling tolong menolong dan nilai murni antara satu sama lain.




Ahad, 6 September 2015

Sambutan Hari Kemerdekaan di SJKC Bukit Kepong

Khamis 3/9/2015 - Aktiviti Sambutan Hari Kemerdekaan pada tahun ini diadakan di SJKC Bukit Kepong. Program yang diadakan seperti melukis, mewarna, puisi dan lain-lain. Pada ulang tahun kemerdekaan yang ke-58 ini tema yang dipilih ialah "Sehati Sejiwa". Sehati Sejiwa mencerminkan roh kesepaduan, kesefahaman, kekitaan dan kemanusian seluruh rakyat Malaysia.

# Logo Kemerdekaan Pada Tahun 2015

Ahad, 23 Ogos 2015

Majlis Solat Hajat Perdana, Bacaan Yasin & Tahlil UPSR 2015

20 Ogos 2015- Alhamdulillah dengan izinNya Majlis Solat Hajat dapat dilaksanakan dengan jayanya. Objektif program ini ialah untuk melaksanakan dan menyempurnakan segala perintah Allah SWT dengan sebaiknya. Sentiasa berusaha, tawakal, dan memupuk rasa tanggungjawab sebagai hamba Allah SWT.

Selasa, 14 Julai 2015

Majlis Khatam Al-Quran Dan Sambutan Hari Raya

Selasa 14 Julai 2015- Objektif majlis ini ialah untuk mematuhi dan mentaati perintah Allah SWT, Murid digalakan memuliakan dan menghayati Bulan Ramadhan, Membiasakan murid dengan membaca Al-Quran dan mempraktikan ajaran Al-Quran setiap masa.

Kad Raya SKBK

Khamis, 4 Jun 2015

Minggu Solat Hajat

Solat hajat ialah apabila seseorang mempunyai sesuatu hajat maka disunatkan terlebih dulu melakukan sunat dua rakaat untuk memohon hajat kepada Allah. Minggu Solat Hajat ini menjemput guru-guru serta ibubapa untuk memohon dipermudahkan segala urusan murid-murid dalam pembelajaran di sekolah dan lain-lain.



Ceramah Kesihatan Amalan Pemakanan Sihat

Ahad 26 April 2015 - PIBG dan SK Bukit Kepong menganjurkan ceramah ini dengan menjemput Profesor Madya Dr Zairina A. Rahman (Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan USIM) sebagai penceramah untuk memberi ceramah kepada ibu bapa, guru-guru, kakitangan sekolah dan komuniti desa di Bukit Kepong tentang kepentingan Amalan Pemakanan Sihat dalam kehidupan seharian kita, Program ini juga seiring dengan pembelajaran Abad ke-21 kerana pemakanan berkait dengan tumbesaran minda murid-murid pada masa kini.

YDP PIBG Puan Farawahida memberi cenderahati kepada Profesor Madya Dr Zairina

Lawatan Sambil Belajar Murid Ke Floral Putrajaya 2015

Lawatan sambil belajar ini dianjurkan oleh pihak sekolah supaya murid dapat didedahkan dengan suasana keadaan sekeliling dan info-info yang boleh diadaptasikan dalam pembelajaran seharian mereka.

Murid Tahun 5 dan Tahun 6 Bergambar Semasa di Floral Putrajaya.

Sukan Balapan Padang Sekolah 2015

Suasana kemeriahan berlangsungnya Balapan Padang Sekolah yang Dirasmikan oleh Ketua Kampung En Rahman.



Sambutan Hari Guru 2015



17 Mei -  ‘Guru: Membina Ilmu Menyempurnakan Akhlak’ menjadi tema Sambutan Hari Guru Peringkat Kebangsaan ke-44 pada tahun ini.

Selasa, 31 Mac 2015

Mesyuarat Agung PIBG SK Bukit Kepong Kali Ke 38, 2015

ISNIN 30 Mac 2015, Mesyuarat Agung Pibg SKBK telah dirasmikan oleh Tn Haji Mohd Noor bin Hj Taib.

Dari Kiri: En Mohamad Ramdzan bin Pelet (Guru Besar), Tn Haji Mohd Noor bin Haji Taib (Perasmi) dan Pn Farawahida binti Hashim (YDP PIBG).

Khamis, 26 Februari 2015

Kursus Kepimpinan Muda Sekolah Tahun 2015

Khamis 26/2/2015 : Kursus Kepimpinan Muda Sekolah telah berjaya dijalankan pada pukul 10.30 pagi sehingga pukul 12.30 tengahari. Kursus ini adalah anjuran bersama pihak sekolah dan unit bimbingan & kaunseling sekolah.

          Kursus ini bertujuan membentuk sahsian dan keterampilan murid supaya mempunyai jati diri dalam menjalankan tugas dengan jujur, amanah dan berdedikasi.

          Penceramah yang menyampaikan kursus ini ialah En. Abd Rahman GPK HEM Sekolah Kebangsaan AK Abdullah, Muar, Johor.