marquee

SELAMAT DATANG KE.... SK BUKIT KEPONG,MUAR....

nuffnang ads

Khamis, 4 Jun 2015

Minggu Solat Hajat

Solat hajat ialah apabila seseorang mempunyai sesuatu hajat maka disunatkan terlebih dulu melakukan sunat dua rakaat untuk memohon hajat kepada Allah. Minggu Solat Hajat ini menjemput guru-guru serta ibubapa untuk memohon dipermudahkan segala urusan murid-murid dalam pembelajaran di sekolah dan lain-lain.



Ceramah Kesihatan Amalan Pemakanan Sihat

Ahad 26 April 2015 - PIBG dan SK Bukit Kepong menganjurkan ceramah ini dengan menjemput Profesor Madya Dr Zairina A. Rahman (Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan USIM) sebagai penceramah untuk memberi ceramah kepada ibu bapa, guru-guru, kakitangan sekolah dan komuniti desa di Bukit Kepong tentang kepentingan Amalan Pemakanan Sihat dalam kehidupan seharian kita, Program ini juga seiring dengan pembelajaran Abad ke-21 kerana pemakanan berkait dengan tumbesaran minda murid-murid pada masa kini.

YDP PIBG Puan Farawahida memberi cenderahati kepada Profesor Madya Dr Zairina

Lawatan Sambil Belajar Murid Ke Floral Putrajaya 2015

Lawatan sambil belajar ini dianjurkan oleh pihak sekolah supaya murid dapat didedahkan dengan suasana keadaan sekeliling dan info-info yang boleh diadaptasikan dalam pembelajaran seharian mereka.

Murid Tahun 5 dan Tahun 6 Bergambar Semasa di Floral Putrajaya.

Sukan Balapan Padang Sekolah 2015

Suasana kemeriahan berlangsungnya Balapan Padang Sekolah yang Dirasmikan oleh Ketua Kampung En Rahman.



Sambutan Hari Guru 2015



17 Mei -  ‘Guru: Membina Ilmu Menyempurnakan Akhlak’ menjadi tema Sambutan Hari Guru Peringkat Kebangsaan ke-44 pada tahun ini.