marquee

SELAMAT DATANG KE.... SK BUKIT KEPONG,MUAR....

nuffnang ads

Selasa, 17 Oktober 2017

Majlis Perpisahan Pembantu Operasi SKBK

Tarikh: 12/10/2017
Tempat: Kantin SK Bukit Kepong
Orang yang Diraikan: Mohamad Imran bin Ahmad Sobki

Cenderamata dari Sekolah disampaikan oleh Guru Besar

Khamis, 6 Julai 2017

Majlis Khatam Al-Quran 2017M/1438H

Objektif

1. Mematuhi dan mentaati perintah Allah (SWT).
2. Murid digalakan memuliakan dan menghayati Bulan Ramadan.
3. Menggalakan dan membiasakan murid membaca Al-Quran setiap masa.
4. Menggalakan murid sentiasa menambahkan ilmu berkaitan islam.
5. Mengamalkan dan mempraktikkan ajaran Al-Quran.


Rabu, 17 Mei 2017

Sukaneka & Penyampaian Hadiah Hari Guru 2017



Persembahan Choral Speaking oleh Tahun 6


Sambutan Hari Guru 2017

Hari Guru

PengenalanTarikh 16 Mei dipilih sebagai Hari Guru kerana pada haribulan yang sama dalam tahun 1956 Majlis Undang-Undang Persekutuan Tanah Melayu (Federal Legislative Council) telah menerima cadangan-cadangan Laporan Jawatankuasa Pelajaran (Report of the Education Committee) sebagai dasar pelajaran bagi negara kita.
Dokumen tersebut yang dikenali sebagai Laporan Razak (Razak Report) telah menjadi Dasar Pelajaran Kebangsaan semenjak itu.
Objektif : 
  • Menitikberatkan peranan guru dalam pembinaan kebangsaan (termasuk perpaduan dan integrasi), pembangunan negara dan perkhidmatan kepada masyarakat.
  • Menarik perhatian ibubapa, murid dan orang ramai kepada peranan penting kaum guru dalam masyarakat Malaysia.
  • Memupuk perasaan perpaduan ikhtisas dan muhibah di antara guru.
  • Meninggikan martabat dan taraf guru dalam masyarakat.
  • Memberi peluang untuk memajukan kecekapan guru melalui seminar-seminar, persidangan-persidangan, dan sebagainya yang diadakan pada Hari Guru.
  • Menilai secara objektif peranan guru dengan berlatarbelakangkan Malaysia dan mengambil langkah-langkah supaya peranan itu lebih berkesan.

Ahad, 26 Februari 2017

Program Penyampaian Watikah Murid 2017

Penyampaian Watikah oleh GPK Koko
(En Mohd Suhaimi bin Mohd Shahid)

(Kiri: En Johari bin Komari, Tengah: En Mohd Suhaimi bin Mohd Shahid, Kanan: Tn Hj Juhairi bin Harun)