marquee

SELAMAT DATANG KE.... SK BUKIT KEPONG,MUAR....

nuffnang ads

Ahad, 9 Oktober 2016

Hari Sukan Negara Peringkat Sekolah 2016

     Sambutan Hari Sukan Negara telah di isytiharkan pada setiap hari Sabtu minggu kedua bulan Oktober setiap tahun. Sambutan Hari Sukan Negara ini merupakan suatu inisiatif Kementerian Belia dan Sukan di mana ia adalah satu langkah pro aktif didalam proses transformasi ke arah mencapai hasrat menjadikan Malaysia sebagai sebuah ‘Negara Bersukan’ (Sporting Nation).


Isnin, 26 September 2016

Majlis Penutupan Hari Kemerdekaan Sempena Hari Kemerdekaan ke 59

     Majlis penutupan Hari Kemerdekaan ini berlangsung pada 22 September 2016, Khamis bertempat di Dewan Serbaguna SK Bukit Kepong. Matlamat utama penganjuran aktiviti bersempena sambutan kemerdekaan ini adalah bagi memupuk semangat patriotism dan cintakan Negara di samping mencungkil bakat terpendam murid-murid SK Bukit Kepong secara menyeluruh. Murid-murid juga dapat menghayati peristiwa kemerdekaan Malaysia dan bersyukur atas nikmat kemerdekaan yang mereka kecapi.

Kiri: En Aziz bin A Birangkutty (GB)
Kanan: En Muhamad Halid bin Tandang (GPK Hem)

Ahad, 4 September 2016

Selamat Menghadapi Peperiksaan UPSR 2016 Kepada Murid SKBK (Klik Untuk Jadual)

Berikut adalah jadual peperiksaan bertulis UPSR 2016 untuk calon biasa. Sila klik pada gambar untuk paparan jadual yang lebih besar/jelas.



Ahad, 21 Ogos 2016

Majlis Solat Hajat Perdana SKBK

Majlis solat hajat perdana, bacaan yasin & tahlil UPSR 2016, Objektif majlis ini diadakan ialah untuk melaksanakan dan menyempurnakan segala perintah Allah S.W.T dengan sebaiknya, sentiasa berusaha berdoa, bertawakkal kepada Allah S.W.T. Selain itu murid-murid Tahun 6 ini juga dapat memupuk rasa tanggungjawab dan nilai-nilai murni.


Program Motivasi "Bintang Harapan" Dianjurkan Oleh RTC, UTHM dan SKBK

Program motivasi ini dianjurkan oleh RTC (Rural Transformation Center) pada hari Sabtu, 20 Ogos 2016, untuk memupuk semangat murid-murid cintakan Ilmu dan sentiasa bersungguh-sungguh dalam melakukan sesuatu perkara. Program ini hanya khas untuk murid-murid tahap 2 sahaja.
 Penceramah Motivasi dari UTHM

Rabu, 17 Ogos 2016

Sambutan Bulan Kemerdekaan ke 59 Tahun 2016

Pada Tahun ini Kabinet setuju untuk mengekalkan tema sambutan Hari Kebangsaan tahun lalu 'Sehati, Sejiwa' untuk 2016 kerana perlunya memupuk semangat bersatu-padu yang telah lama menjadi amalan dalam kalangan rakyat Malaysia. Sehubungan dengan itu SKBK menganjurkan Sambutan Hari Kemerdekaan di peringkat sekolah bagi memupuk semangat Patriotik di Kalangan Guru-guru, Staf dan murid.
Ucapan Alu-aluan oleh Guru Besar

Isnin, 25 Julai 2016

Sambutan Hari Raya Peringkat Sekolah

          Di kesempatan bersempena dengan Majlis Sambutan Hari Raya ini SKBK ingin mengucapkan ribuan kemaafan andai kata ada tersalah silap dari pihak SKBK yang mungkin tak sedar atau sedar, tahu tidak tahu, sengaja atau tidak sengajar. Mahupun kecil atau besar. Semoga niat ikhlas untuk bermaaaf-maafan akan di rahmati Allah swt. 
              

Ahad, 17 Julai 2016

Marhaban Sekolah 1437H / 2016M

Pada 16 Julai 2016 bersamaan 11 Syawal 1437H berlangsungnya Marhaban di Kampung- kampung yang terdapat di Mukim Bukit Kepong.


Kampung Kechik

Kampung Raja Melayu

Khamis, 30 Jun 2016

Majlis Khatam Al-Quran 2016M/1437H

Majlis pada 30 Jun 2016 bersamaan 25 Ramadhan 1437H bertempat di Dewan Serbaguna Sk Bukit Kepong.


Rabu, 29 Jun 2016

Selamat Hari Raya dari Kami Warga SKBK

Atas dari kiri: Zulhairi, M.Hanafiah, Hj Juhairi, Hafiz, Norbat, Zaina, Zurimi, Zurainu, Hazwani, Norzakiyati
Bawah dari kiri: Dr Juhaida, Johari, M.Halid, Aziz, Hj Ithnin, Suhaimi, Siti, Maszenah

Rabu, 1 Jun 2016

Perkhemahan Unit Beruniform Sekolah

Aktiviti Semasa Perkhemahan

 1. Murid-murid didedahkan dengan cara memasang Khemah.

Family Day SKBK (Damar Suria Resort, Melaka)

Aktiviti Riadah semasa Sambutan Hari Keluarga SKBK.




YB Senator Noriah memberi Penghargaan Semasa Hari Guru



Selamat Hari Guru 2016

Tema Hari Guru 2016. Apakah tema hari guru 2016 kali ini? Guru Pembina Negara Bangsa telah dipilih sebagai tema Hari Guru 2016. Tarikh 16 Mei setiap tahun dipilih sebagai Hari Guru kerana pada tarikh yang sama dalam tahun 1956, Majlis Undang-Undang Persekutuan Tanah Melayu (Federal Legislative Council ) telah menerima cadangan-cadangan Laporan Jawatankuasa Pelajaran (Report Of The Education Commitee) sebagai dasar pelajaran negara kita. Dokumen tersebut dikenali sebagai Laporan Razak, telah menjadi Dasar Pelajaran Kebangsaan semenjak hari itu. 



Rabu, 27 April 2016

Pelaksanaan Program Kem Membaca 1 Malaysia (25/4/2016)

Guru Besar,
Sekolah Rendah
Tuan,
1. KM1M merupakan aktiviti tahunan Kementerian Pendidikan Malaysia bertujuan mengukuhkan budaya membaca dan menanam sikap cintakan ilmu melalui pelbagai aktiviti yang berkaitan dengan pembacaan dalam kalangan murid.
Sekian, harap maklum.



Isnin, 11 April 2016

Perlaksanaan Program Menara Ilmu Parlimen Pagoh 2016 (Nurul Yaqeen)

Program akan diadakan pada;

Tarikh: 13/4/2016 (Rabu)
Masa : 9.00 am - 12.00 pm
Tempat :Sk Bukit Kepong, Muar
Penceramah : Pensyarah Kanan USIM