marquee

SELAMAT DATANG KE.... SK BUKIT KEPONG,MUAR....

nuffnang ads

Ahad, 21 Ogos 2016

Majlis Solat Hajat Perdana SKBK

Majlis solat hajat perdana, bacaan yasin & tahlil UPSR 2016, Objektif majlis ini diadakan ialah untuk melaksanakan dan menyempurnakan segala perintah Allah S.W.T dengan sebaiknya, sentiasa berusaha berdoa, bertawakkal kepada Allah S.W.T. Selain itu murid-murid Tahun 6 ini juga dapat memupuk rasa tanggungjawab dan nilai-nilai murni.


Program Motivasi "Bintang Harapan" Dianjurkan Oleh RTC, UTHM dan SKBK

Program motivasi ini dianjurkan oleh RTC (Rural Transformation Center) pada hari Sabtu, 20 Ogos 2016, untuk memupuk semangat murid-murid cintakan Ilmu dan sentiasa bersungguh-sungguh dalam melakukan sesuatu perkara. Program ini hanya khas untuk murid-murid tahap 2 sahaja.
 Penceramah Motivasi dari UTHM

Rabu, 17 Ogos 2016

Sambutan Bulan Kemerdekaan ke 59 Tahun 2016

Pada Tahun ini Kabinet setuju untuk mengekalkan tema sambutan Hari Kebangsaan tahun lalu 'Sehati, Sejiwa' untuk 2016 kerana perlunya memupuk semangat bersatu-padu yang telah lama menjadi amalan dalam kalangan rakyat Malaysia. Sehubungan dengan itu SKBK menganjurkan Sambutan Hari Kemerdekaan di peringkat sekolah bagi memupuk semangat Patriotik di Kalangan Guru-guru, Staf dan murid.
Ucapan Alu-aluan oleh Guru Besar