marquee

SELAMAT DATANG KE.... SK BUKIT KEPONG,MUAR....

nuffnang ads

Isnin, 20 Ogos 2018

Program Murid Tahun 6 & Ibu Bapa

Program dianjurkan oleh En Dzulkefli bin Hussein bertempat dia Makmal Komputer Sekolah.



Selasa, 31 Julai 2018

Latihan kebakaran untuk murid-murid SKBK

Selasa 31 Julai 2018 diadakan Latihan Kebakaran untuk murid-murid tahun 1 hingga tahun 6 bertujuan untuk menyelamat diri jika berlaku apa-apa kebakaran yang tidak diingini.




Isnin, 30 Julai 2018

Bengkel Menjawab Soalan Bahasa Inggeris di SK Lenga

Isnin 30 Julai 2018 bertempat di SK Lenga, Muar. Bengkel menjawab soalan Bahasa Inggeris tahun 6 sebagai persediaan untuk menghadapi UPSR.



Isnin, 16 Julai 2018

Meraikan Majlis Perpisahan Guru Besar, GPK Hem & Guru Pemulihan

Majlis perpisahan diadakan pada 11 Julai 2018 bertempat di Resort Gunung Ledang, Tangkak, Johor.

Yang diraikan:
En Mohd Nizam bin Abu Bakar (Mantan Guru Besar)                     
: En Amir bin Buang (Gpk Hem)
: En Johari bin Komari (Pemulihan)


Ahad, 8 April 2018

Hari Bulan Bahasa SKBK

Bulan Bahasa Kebangsaan merupakan suatu program yang memfokuskan kempen cintai bahasa Melayu yang dipelopori penganjurannya oleh Dewan Bahasa dan Pustaka. Tujuan utama pelaksanaan program ini adalah untuk mendidik masyarakat berbilang bangsa khususnya di Malaysia agar dapat menyemarakkan dan seterusnya memartabatkan bahasa kebangsaan negara tersebut dalam pelbagai aspek dan bidang yang boleh memaju ke arah kelestarian bahasa Melayu sebagai bahasa kelas dunia yang praktikal dan realistik.

Selasa, 27 Februari 2018

Kursus Amali SEGAK Zon Jorak, Muar

Jawatankuasa Pengelola Kursus



Ucapan Pengerusi Majlis: En Mohd Nizam bin Abu Bakar
 (GB SKBK)

Isnin, 12 Februari 2018

Khamis, 25 Januari 2018

Sambutan Maulidur Rasul 25.1.2018

Maulidur Rasul (Arab: kelahiran Rasul) atau Maulud Nabi Muhammad SAW ialah hari bersejarah keputeraan Nabi Muhammad. Hari ini jatuh pada hari ke-12 bulan Rabiulawal sempena keputeraan Nabi yang jatuh pada pada Isnin (Dari hadis riwayat Muslim, 8/25), 12 Rabiulawal Tahun Gajah bersamaan dengan 20 April 571. Baginda merupakan nabi terakhir yang diutus oleh Allah Subhanahuwataala. Tapak keputeraan baginda pula kini mempunyai satu bangunan kecil yang dikenali sebagai Maulid Nabi.
Setiap tahun pada hari itu, umat Islam di seluruh dunia akan mengadakan majlis memperingati keputeraan Nabi Muhammad SAW dengan mengadakan beberapa acara seperti perarakan, ceramah dan sebagainya. Banyak kelebihan dan keistimewaan yang akan dikurniakan oleh Allah Subhanahu Wataala kepada mereka yang dapat mengadakan atau menghadiri majlis Maulidur Rasul.
Kita dapat lihat betapa besarnya kelebihan orang yang memuliakan majlis keputeraan Nabi Muhammad Sallallahualaihiwasallam kerana apabila berniat sahaja hendak mengadakan Maulud Nabi, sudah pun dikira mendapat pahala dan dimuliakan. Sememangnya bernazar untuk melakukan sesuatu yang baik merupakan doa dan dikira amal soleh.